Saturday, January 9, 2010 | By: Sk Bengkongan

2010 PENUH CABARAN

Salam & Selamat Sejahtera...
Penggal 2010 telah tiba. Tahun ini Sk. Bengkongan menerima pelajar baru di Tahun 1 dan Pra-Sekolah. Tahun 2010, sk bengkongan menerima terlalu banyak permohonan untuk pendaftaran masuk ke Pra-Sekolah. Pihak Sk. Bengkongan mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada Ibubapa yang tidak dapat mendaftarkan anak mereka berikutan terlebih kuota. Ini disebabkan sk. Bengkongan hanya mempunyai dua bilik darjah sahaja bagi penempatan pelajar Pra-Sekolah.

Tahun 2010 juga menampilkan pertukaran pentadbiran baru berikutan pertukaran Guru Penolong Kanan 1 (GPK) iaitu Pn. Ramlah Bt. Hj. Janang yang berpindah ke daerah Kota Belud. Beliau digantikan oleh GPK baru iaitu En. Terrence Jamudah. Selamat bertugas diucapkan kepada Cikgu Terrence.

Tahun 2010 juga mmemperlihatkan pertukaran beberapa portfolio guru berikutan pertukaran GPK 1.

Diharap, dengan beberapa perubahan ini, warga sk. bengkongan akan lebih bersemangat untuk melaksanakan tugas masing-masing.
Friday, January 8, 2010 | By: Sk Bengkongan

SAMBUTAN AIDILFITRI SKB 2009

SELAMAT DATANG!!

Terima Kasih kepada anda yang sudi menjenguk blog kami. Kami mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan daripada anda.