Monday, December 27, 2010 | By: Sk Bengkongan

Sambutan Hariraya & Penyerahan Wang Zakat







Pada 30 September 2010, SKB telah terpilih sebagai sebuah sekolah untuk pembahagian wang zakat dari Bank Rakyat Cawangan Kota Kinabalu. Seramai lebih kurang 200 pelajar telah mendapat sumbangan zakat tersebut. Majlis ini telah digabungkan sekali dengan majlis sambutan hariraya Aidilfitri 2010. Majlis disempurnakan oleh YBhg. En. Wetrom Bahanda. Terima kasih kepada yang terlibat seperti Bank Rakyat, PIBG dan unit ICT.......

MERDEKA!!!...MERDEKA!!!...






SK. Bengkongan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah... Syabas dan tahniah kepada semua....

Sambutan Hari Guru 2010






Alhamdulillah....SKB berjaya menganjurkan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2010. SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU SK BENGKONGAN!!!.....Jasamu dikenang...

Gotong-royong Hari Guru






Gotong Royong telah diadakan pada 15.5.2010 (Sabtu) secara serentak diseluruh negara. Sk. Bengkongan dengan kerjasama PIBG sangat berbangga kerana dapat menjalankan acara negara pada tahun ini...

SKB menjadi Pusat Pemindahan Mangsa Banjir






Pada 18 Januari, Daerah Kota Marudu telah dilanda banjir yang teruk. Ramai penduduk terpaksa dipindahkan. Sebanyak 6 penempatan telah disediakan. Sk. Bengkongan telah dipilih menjadi salah satu pusat pemindahan bagi penduduk di kawasan berdekatan....
Saturday, January 9, 2010 | By: Sk Bengkongan

2010 PENUH CABARAN

Salam & Selamat Sejahtera...
Penggal 2010 telah tiba. Tahun ini Sk. Bengkongan menerima pelajar baru di Tahun 1 dan Pra-Sekolah. Tahun 2010, sk bengkongan menerima terlalu banyak permohonan untuk pendaftaran masuk ke Pra-Sekolah. Pihak Sk. Bengkongan mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada Ibubapa yang tidak dapat mendaftarkan anak mereka berikutan terlebih kuota. Ini disebabkan sk. Bengkongan hanya mempunyai dua bilik darjah sahaja bagi penempatan pelajar Pra-Sekolah.

Tahun 2010 juga menampilkan pertukaran pentadbiran baru berikutan pertukaran Guru Penolong Kanan 1 (GPK) iaitu Pn. Ramlah Bt. Hj. Janang yang berpindah ke daerah Kota Belud. Beliau digantikan oleh GPK baru iaitu En. Terrence Jamudah. Selamat bertugas diucapkan kepada Cikgu Terrence.

Tahun 2010 juga mmemperlihatkan pertukaran beberapa portfolio guru berikutan pertukaran GPK 1.

Diharap, dengan beberapa perubahan ini, warga sk. bengkongan akan lebih bersemangat untuk melaksanakan tugas masing-masing.
Friday, January 8, 2010 | By: Sk Bengkongan

SAMBUTAN AIDILFITRI SKB 2009

SELAMAT DATANG!!

Terima Kasih kepada anda yang sudi menjenguk blog kami. Kami mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan daripada anda.